Saturday, July 23, 2011

JOM BELAJAR JAHIT MANIK!!

Hi peeps! akhirnya tercapai niat nak buat tutorial jahit manik ni. hari ini i nak ajar you all jahit MANIK PINTALAN! so,here is the stuff!
First,of course kita perlukan benang! lau takde benang,macam mana nak jahit pulak kan... Then,jarum lah...lau takde,macam mana nk cucuk benang tu yea...(saje buat lawak pandai)
lepas tu gunting.mesti kene ade gunting.lau xde,pisau pon boleh kot...ape?takde pisau?guna gigi aje lah...hahaha...
Last but not listed,mesti lah maniknya...nama pun nak jahit MANIK,,,jangan buat tak pandai pulak lah.
Now we are done with the stuff! Later,i akan bagitahu you all manik ape yang kita akan pakai untuk jahit manik ni.
Commonly lau you all tengok kat butik-butik sekitar malaysia ni,memang ini lah manik yang dorang selalu pakai...namanya MANIK JEPUN. pergi je butik atau kedai jahit,cakap je nak manik jepun,mesti orang tu tahu la.mase i pergi kursus tu,i tanya kat organiser tu kenapa pakai manik jepun?kenapa tak pakai manik india ke,cina ke,tak pun korea (tengah musim kan sekarang ni)..lepas tu orang tu kate,manik jepun ni manik paling berkualiti.(orang jepun je kot yang pandai buat barang-barang yang berkualiti.hihihi)
OK.ni namanya manik HEX.rupa dia agak panjang.kira macam cilinder lah.untuk jahit MANIK PINTALAN ni,kita memang perlukan manik ni...
Ini pula manik ROUND.manik ni rupa dia agak bulat dan amat lah kecil.

Kita mula! pertama sekali,kita perlukan baju! amik lah baju-baju raya tahun lepas tu kalau baru nak belajar...takde baju raya?rembat je lah kain-kain perca yang ade...huhuhu~
dekat atas kain tu,buat satu garisan lurus.garisan ni kira macam jahitan atau mark yang kita pakai setiap kali nak jahit dan jadikan penanda arah semasa menjahit manik ni nanti.
Kedua, ambil jarum dan masukkan benang tadi yea!kalau dah pandai nanti,make sure benang tu sama warna dengan kain.so,takde lah kontra sangat...
Then,masukkan jarum tadi dari bawah kain.kelaurkan dekat hujung garisan.
Masukkan dua manik HEX,dua manik ROUND dan dua manik HEX semula.
Pastikan manik dalam keadaan lurus atas garisan,dan tanamkannya di hujung manik yang terakhir.
Selepas itu,keluarkan jarum di antara dua manik ROUND(tengah-tengah manik).
Masukkan lagi manik ikut turutan yang diberitahu tadi.tanam semula jarum pada hujung manik dan keluarkan semula di tengah-tengah antara manik ROUND.
Tetapi,kali ini semasa keluarkan jarum tu,pastikan manik berada disebelah kiri dan jarum yang dikeluarkan berada disebelah kanan. Ini untuk memastikan PINTALAN yang kita nak buat tadi menjadi.
Ulangi terus jahitan tadi sampai kehujung garisan atau yang dikehendaki.
Nampak susah tak??? i dah cuba sedaya upaya untuk buat sehabis faham yang boleh!kalau tak faham jugak.just PM me okay!
Selamat Mencuba!!! =)

No comments:

Post a Comment